Wednesday 11 February 2015

Retinoskopi / Retinoscopy

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

Sudah agak lama admin tidak berkongsi maklumat / pengisian buat anda semua. Kekangan masa membuatkan admin sering sekali melupakan tanggungjawab ini kepada masyarakat. 


Baik. Untuk kali ini, kami di GalaVision Eye Centre ingin berkongsi satu prosedur yang amat dekat dengan rakan Optometrist semua. 

RETINOSKOPI / RETINOSCOPY




Retinoskopi adalah satu kaedah untuk memastikan darjah ralat mata, atau lebih senang dipanggil sebagai 'power' mata. Sering sekali pengunjung GalaVision Eye Centre berasa hairan apabila prosedur ini dilakukan ke atas mereka.

'Apa ini dik? Kedai lain tak pernah buat pun? Selalu check pakai machine je'
'Kenapa suluh mata dengan lampu tu? Tak pernah saya kena check mata macam ni'
'Ish, lainnya cara awak check mata saya. Machine takde ke?'


Seringkali kami diaju soalan begini apabila prosedur retinoskopi dilakukan kepada pelanggan kami. Dalam masa yang sama, agak membimbangkan juga apabila masyarakat tidak tahu kewujudan prosedur ini. Ada yang lebih mempercayai machine lebih dari kebolehan Optometrist untuk menggunakan Retinoskop. 

Retinoskopi merupakan salah satu prosedur untuk mendapatkan 'power' mata dengan tepat. Bagi pelanggan yang pernah melakukan pemeriksaan mata di hospital; prosedur ini dianggap merupakan suatu kebiasaan. Dengan prosedur ini, 'power' mata yang diperoleh lebih tepat berbanding mesin. 

Selain daripada mendapatkan 'power' yang tepat, prosedur ini juga membantu Optometrist untuk mengesan katarak di peringkat awal. Prosedur ini juga seringkali dijalankan kepada golongan kanak-kanak. Ini adalah kerana, dengan prosedur ini Optometrist dapat mengesan otot mata (ciliary muscle) yang aktif dalam kalangan kanak-kanak. Dengan otot aktif sebegini; 'power' yang diperolehi oleh mesin untuk kanak-kanak kurang stabil dan seringkali ralat/tidak tepat. 



Jadi, usahlah bimbang jika Optometrist anda melakukan pemeriksaan mata menggunakan kaedah ini ya?



Sekian buat kali ini.