بسم الله الرحمن الرحيم |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.
Seperti yang kami janjikan pada ruangan yang lepas, ruangan kali ini akan menghuraikan kepada anda lebih tips pemilihan bingkai cermin mata.
Selain daripada melihatkan kepada bentuk muka juga kerjaya anda, pemilihan bingkai cermin mata juga bergantung kepada material/bahan asas bingkai itu sendiri. Hal ini penting untuk menentukan jangka hayat serta tahap ketahanan bingkai anda.
1. Material
Material atau bahan buatan bingkai cermin mata memainkan peranan dalam memastikan keselesaan terhadap pemakainya.
Plastik- tahan lasak dan tahan lama.
Bingkai plastik merupakan trend pada masa kini. Di kebanyakan kedai cermin mata, anda boleh lihat pelbagai pilihan bingkai plastik yang sedia ada. Bingkai ini mendapat tempat di hati pemakai kerana keselesaannya. Ringan, tahan lasak serta dapat tahan lama.
Metal/ Besi
Bingkai metal/ besi ini telah lama wujud dan sering menjadi pilihan buat mereka yang mementingkan imej yang 'clean'
Metal frame merupakan suatu favourite buat mereka yang agak berumur kerana ketahanan frame tersebut. Tapi, mereka yang muda juga apa kurangnya. Kini bingkai metal tidak lagi kelihatan terlalu simple. Pelbagai fesyen serta reka bentuk yang anda dapati di kedai-kedai cermin mata.
Seperti bingkai metal diatas, design ini kelihatan lebih muda dan sporty.
Titanium
Bingkai cermin mata yang diperbuat daripada titanium pula amat terkenal dengan ketahanannya daripada berkarat, ringan dan tahan lasak. Amat sesuai buat mereka yang bekerja 'offshore'. Hal ini adalah kerana bingkai titanium diperbuat supaya tahan karat. Keadaan di laut yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada air laut masin dan mempercepatkan proses pengaratan. Dengan memilih bingkai titanium, anda tidak lagi perlu risau tentang hal ini. Namun harus diingat, mungkin bingkai yang diperbuat daripada titanium, namun 'spareparts' seperti skrew mungkin diperbuat daripada metal/besi biasa sahaja.
Ultem
Ultem merupakan material baru yang digunakan untuk membuat bingkai cermin mata. Ultem ini berasal daripada Korea dan seringkali design dari bahan ini menarik perhatian remaja-remaja. Ringan, fleksibel menjadikan ultem antara trend terbaru pemakai cermin mata. Namun begitu, material ini amat susah untuk diubah bentuknya. Oleh itu, jikalau anda berminat mencari bingkai yang 'fancy' , ringan, tahan lasak dan fleksibel; Ultem adalah pilihan terbaik anda. Jangan lupa, pastikan 'fitting' bingkai ini sesuai dengan anda tanpa sebarang 'adjustments'.
2. Jenis Bingkai Cermin Mata
Jenis bingkai cermin mata yang dimaksudkan dengan tajuk diatas adalah 'feature' asas yang menjadi pilihan anda.
Bingkai Penuh/ Full Frame
Cermin mata bingkai penuh, menjanjikan ketahanan terhadap cermin mata anda. Cermin mata seperti ini adalah tahan lasak dan cermin/kanta yang dipakai jarang sekali akan menghadapi risiko pecah.
Bingkai Separuh/ Half frame
Cermin mata berbingkai separuh ini seringkali menjadi pilihan buat mereka yang agak berumur dan memilih kanta multifokal atau untuk mereka yang membuat cermin mata untuk membaca. Ini adalah kerana, border atau bingkai di bawah cermin mata sering menganggu pemakai dalam pembacaan mereka. Oleh itu, bingkai separuh ini seringkali disarankan buat mereka yang memakai multifokal. Namun, terdapat sedikit risiko untuk kanta untuk pecah/sumbing. Untuk mengatasi masalah ini, tanya kan kepada Optometrist/Optician anda untuk 'upgrade' kanta anda kepada indeks yang lebih tinggi.
Rimless
Bingkai rimless sebenarnya antara bingkai yang amat susah untuk dijaga. Ketiadaan bingkai menyebabkan kanta berada pada risiko paling tinggi untuk pecah. Sememangnya bingkai ini ringan dan nampak eksklusif. Namun, buat mereka yang mementingkan kelasakan, harus dielak daripada memilih bingkai ini. Tetapi, untuk menambah ketahanan ke atas kanta/cermin anda, 'upgrade' cermin kepada indeks 1.67 atau 1.74. Dengan indeks ini; cermin anda lebih tahan daripada jatuh dan pecah.
Diharap tips yang kami kongsikan kali ini dapat memberi gambaran terhadap pemilihan cermin mata baharu anda. Jangan lupa kunjungi kami di:
GALAVISION EYE CENTRE
NO.17G, MEDAN BUKIT INDAH 1,
TAMAN BUKIT INDAH
68000 AMPANG,
SELANGOR.
NO. TEL: 03-42878456
Sekian.