Wednesday 28 May 2014

Tips Pemilihan Bingkai Cermin Mata II

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua. 

Seperti yang kami janjikan pada ruangan yang lepas, ruangan kali ini akan menghuraikan kepada anda lebih tips pemilihan bingkai cermin mata.

Selain daripada melihatkan kepada bentuk muka juga kerjaya anda, pemilihan bingkai cermin mata juga bergantung kepada material/bahan asas bingkai itu sendiri. Hal ini penting untuk menentukan jangka hayat serta tahap ketahanan bingkai anda.

1. Material

Material atau bahan buatan bingkai cermin mata memainkan peranan dalam memastikan keselesaan terhadap pemakainya.

Plastik- tahan lasak dan tahan lama.

Bingkai plastik merupakan trend pada masa kini. Di kebanyakan kedai cermin mata, anda boleh lihat pelbagai pilihan bingkai plastik yang sedia ada. Bingkai ini mendapat tempat di hati pemakai kerana keselesaannya. Ringan, tahan lasak serta dapat tahan lama. 


Metal/ Besi

Bingkai metal/ besi ini telah lama wujud dan sering menjadi pilihan buat mereka yang mementingkan imej yang 'clean'


Metal frame merupakan suatu favourite buat mereka yang agak berumur kerana ketahanan frame tersebut. Tapi, mereka yang muda juga apa kurangnya. Kini bingkai metal tidak lagi kelihatan terlalu simple. Pelbagai fesyen serta reka bentuk yang anda dapati di kedai-kedai cermin mata.

 
Seperti bingkai metal diatas, design ini kelihatan lebih muda dan sporty.


Titanium

Bingkai cermin mata yang diperbuat daripada titanium pula amat terkenal dengan ketahanannya daripada berkarat, ringan dan tahan lasak. Amat sesuai buat mereka yang bekerja 'offshore'. Hal ini adalah kerana bingkai titanium diperbuat supaya tahan karat. Keadaan di laut yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada air laut masin dan mempercepatkan proses pengaratan. Dengan memilih bingkai titanium, anda tidak lagi perlu risau tentang hal ini. Namun harus diingat, mungkin bingkai yang diperbuat daripada titanium, namun 'spareparts' seperti skrew mungkin diperbuat daripada metal/besi biasa sahaja. 



Ultem


Ultem merupakan material baru yang digunakan untuk membuat bingkai cermin mata. Ultem ini berasal daripada Korea dan seringkali design dari bahan ini menarik perhatian remaja-remaja. Ringan, fleksibel menjadikan ultem antara trend terbaru pemakai cermin mata. Namun begitu, material ini amat susah untuk diubah bentuknya. Oleh itu, jikalau anda berminat mencari bingkai yang 'fancy' , ringan, tahan lasak dan fleksibel; Ultem adalah pilihan terbaik anda. Jangan lupa, pastikan 'fitting' bingkai ini sesuai dengan anda tanpa sebarang 'adjustments'.

2. Jenis Bingkai Cermin Mata 

Jenis bingkai cermin mata yang dimaksudkan dengan tajuk diatas adalah 'feature' asas yang menjadi pilihan anda.

Bingkai Penuh/ Full Frame

Cermin mata bingkai penuh, menjanjikan ketahanan terhadap cermin mata anda. Cermin mata seperti ini adalah tahan lasak dan cermin/kanta yang dipakai jarang sekali akan menghadapi risiko pecah.



Bingkai Separuh/ Half frame

Cermin mata berbingkai separuh ini seringkali menjadi pilihan buat mereka yang agak berumur dan memilih kanta multifokal atau untuk mereka yang membuat cermin mata untuk membaca. Ini adalah kerana, border atau bingkai di bawah cermin mata sering menganggu pemakai dalam pembacaan mereka. Oleh itu, bingkai separuh ini seringkali disarankan buat mereka yang memakai multifokal. Namun, terdapat sedikit risiko untuk kanta untuk pecah/sumbing. Untuk mengatasi masalah ini, tanya kan kepada Optometrist/Optician anda untuk 'upgrade' kanta anda kepada indeks yang lebih tinggi. 


Rimless

Bingkai rimless sebenarnya antara bingkai yang amat susah untuk dijaga. Ketiadaan bingkai menyebabkan kanta berada pada risiko paling tinggi untuk pecah. Sememangnya bingkai ini ringan dan nampak eksklusif. Namun, buat mereka yang mementingkan kelasakan, harus dielak daripada memilih bingkai ini. Tetapi, untuk menambah ketahanan ke atas kanta/cermin anda, 'upgrade' cermin kepada indeks 1.67 atau 1.74. Dengan indeks ini; cermin anda lebih tahan daripada jatuh dan pecah.



Diharap tips yang kami kongsikan kali ini dapat memberi gambaran terhadap pemilihan cermin mata baharu anda. Jangan lupa kunjungi kami di:


GALAVISION EYE CENTRE
NO.17G, MEDAN BUKIT INDAH 1, 
TAMAN BUKIT INDAH
68000 AMPANG,
SELANGOR.
NO. TEL: 03-42878456

Sekian. 



Friday 23 May 2014

Tips Pemilihan Bingkai Cermin Mata I

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Kali ini, kami di GalaVision Eye Centre ingin berkongsi sedikit tips di atas pemilihan bingkai cermin mata. Mengapa pemilihan ini penting? 

Kerana dari mata turun ke hati. Setiap kali kita melihat seseorang, yang tertancap di fikiran kita adalah, wajahnya, bukan tangannya bukan? Oleh itu, cermin mata memainkan peranan dalam memberi gambaran tentang keperibadian anda. 

Ayuh, kita rungkai satu persatu apa yang harus anda titikberatkan dalam pemilihan bingkai cermin mata. 


1. Bentuk Muka

Ok. Yang ini paling asas/ basic dalam pemilihan bingkai. Bentuk muka. Rajah di atas memberi gambaran tentang bentuk bingkai yang sesuai untuk bentuk muka anda. 

Muka bulat: sesuai dengan bingkai berbentuk segi empat.
Muka segi empat/petak: sesuai dengan bingkai berbentuk bulat.
Muka segi tiga: sesuai dengan bingkai yang berbentuk segi empat serta sedikit labuh.
Muka lonjong: sesuai dengan bingkai berbentuk bulat dan labuh.
Muka berbentuk hati: sesuai dengan bingkai yang berbentuk bujur.
Muka berbentuk "diamond": sesuai dengan bingkai bujur/ seperti ClubMaster Ray-Ban.

Sedikit sebnayak ini adalah asas dalam pemilihan bentuk bingkai yang sesuai dengan bentuk muka anda.

2. Kerjaya

Adalah penting untuk anda pertimbangkan kerjaya anda dengan pemilihan bingkai cermin mata. Mengapa? Cermin mata akan memberi suatu impak berlainan kepada penampilan anda. 

Eksekutif




Untuk para eksekutif, pemilihan rimless atau half frame sering menjadi pilihan. Bingkai ini sering membawa imej yang 'clean' dan kemas buat para eksekutif. 


Pelajar


Untuk para pelajar, bingkai penuh seperti ini sering menjadi pilihan. Bukan sahaja ianya mudah untuk dijaga malahan ianya memberi imej yang sesuai buat para pelajar.

Guru




Para guru adalah golongan yang mempunyai kebebasan memilih bingkai. Kerjaya mereka membolehkan mereka memilih pelbagai jenis bingkai untuk kelihatan lebih elegan dan 'polish'




Dua aspek ini adalah antara kriteria terpenting dalam pemilihan bingkai. Kita akan sambung pada esok pula ya? 



Sekian.



Thursday 22 May 2014

Conjunctivitis

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt kepada semua.


Hari ini ingin kami kongsikan sedikit maklumat mengenai " Conjunctivitis "


Apakah "Conjunctivitis" ? 

Konjuktivitis ini adalah suatu keadaan radang pada bahagian kojunktiva,iaitu suatu lapisan mata. 


Jika anda lihat pada rajah diatas, conjunctiva adalah lapisan putih pada mata kita dan merupakan lapisan mata yang paling luar sekali. 

Radang lapisan mata atau conjunctivitis ini merupakan salah satu reaksi antibodi sedang melawan jangkitan kuman atau suatu benda asing yang hadir pada mata kita. Conjunctivitis ini juga terbahagi kepada Viral Conjunctivitis atau Bacteria Conjunctivitis. 

Viral Conjunctivitis ini adalah radang yang berlaku akibat jangkitan viral dan selalunya akan sembuh dalam 1-2 minggu. 

Bacterial Conjunctivitis pula merupakan radang yang berlaku akibat daripada infeksi kuman atau bakteria. Seringkali conjunctivitis seperti ini akan sembuh dengan antibiotik yang doktor anda berikan.

Keadaan Conjunctivitis ini seringkali berlaku terhadap mereka yang memakai kanta lekap yang kurang bersih, tangan yang kotor menggaru mata dan juga faktor persekitaran. 


Oleh itu, jika anda dapati; simptom berikut:-

1) Mata merah
2) Mata berair
3) Mata bertahi secara banyak
4) Mata gatal
5) Sensitif terhadap cahaya matahari yang terlampau
6) Mata pedih/ terasa panas


Kunjungi Doktor/ Optometrist untuk rawatan lanjut.


Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit maklumat yang dapat membantu anda. 


Sekian. 

Promosi Cuti Sekolah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt kepada semua.


Sudah pasti ramai yang menantikan cuti sekolah pada minggu depan bukan? Ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan ada juga yang hanya ingin menghabiskan masa kualiti bersama anak-anak. 


Sempena cuti sekolah yang mendatang ini, kami mengadakan Promosi Cuti Sekolah, "BELI 1, PERCUMA 1" . Wowwww ! Biar betul?!

Betul ! 


Promosi menarik ini akan berlangsung dari 24/04/2014 hingga 15/06/14 !




Hubungi kami di 03-42878456 untuk maklumat lanjut !





Tuesday 20 May 2014

Selamat Datang.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt.


Selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat. Alhamdulillah cukup sebulan kami beroperasi di Bukit Indah dan ternyata sambutan amat mengagumkan. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan. Ruangan ini akan diisi dengan pelbagai tips dan perkongsian buat anda. Baik untuk penglihatan juga untuk pemakaian cermin mata dan kanta lekap. 


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh lah anda tujukan terhadap ruangan ini.



Salam perkenalan dan selamat datang :)