Friday 23 May 2014

Tips Pemilihan Bingkai Cermin Mata I

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Kali ini, kami di GalaVision Eye Centre ingin berkongsi sedikit tips di atas pemilihan bingkai cermin mata. Mengapa pemilihan ini penting? 

Kerana dari mata turun ke hati. Setiap kali kita melihat seseorang, yang tertancap di fikiran kita adalah, wajahnya, bukan tangannya bukan? Oleh itu, cermin mata memainkan peranan dalam memberi gambaran tentang keperibadian anda. 

Ayuh, kita rungkai satu persatu apa yang harus anda titikberatkan dalam pemilihan bingkai cermin mata. 


1. Bentuk Muka

Ok. Yang ini paling asas/ basic dalam pemilihan bingkai. Bentuk muka. Rajah di atas memberi gambaran tentang bentuk bingkai yang sesuai untuk bentuk muka anda. 

Muka bulat: sesuai dengan bingkai berbentuk segi empat.
Muka segi empat/petak: sesuai dengan bingkai berbentuk bulat.
Muka segi tiga: sesuai dengan bingkai yang berbentuk segi empat serta sedikit labuh.
Muka lonjong: sesuai dengan bingkai berbentuk bulat dan labuh.
Muka berbentuk hati: sesuai dengan bingkai yang berbentuk bujur.
Muka berbentuk "diamond": sesuai dengan bingkai bujur/ seperti ClubMaster Ray-Ban.

Sedikit sebnayak ini adalah asas dalam pemilihan bentuk bingkai yang sesuai dengan bentuk muka anda.

2. Kerjaya

Adalah penting untuk anda pertimbangkan kerjaya anda dengan pemilihan bingkai cermin mata. Mengapa? Cermin mata akan memberi suatu impak berlainan kepada penampilan anda. 

Eksekutif




Untuk para eksekutif, pemilihan rimless atau half frame sering menjadi pilihan. Bingkai ini sering membawa imej yang 'clean' dan kemas buat para eksekutif. 


Pelajar


Untuk para pelajar, bingkai penuh seperti ini sering menjadi pilihan. Bukan sahaja ianya mudah untuk dijaga malahan ianya memberi imej yang sesuai buat para pelajar.

Guru




Para guru adalah golongan yang mempunyai kebebasan memilih bingkai. Kerjaya mereka membolehkan mereka memilih pelbagai jenis bingkai untuk kelihatan lebih elegan dan 'polish'




Dua aspek ini adalah antara kriteria terpenting dalam pemilihan bingkai. Kita akan sambung pada esok pula ya? 



Sekian.



No comments:

Post a Comment