Monday, 22 September 2014

Katarak dan Anda

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua.


Sudah sekian lama kami tidak berkongsi sebarang pengisian di ruangan ini. Oleh itu, kali ini ayuh kita cuba kupaskan isu yang sering mengelirukan orang awam dalam bidang kesihatan mata.


Seperti yang kita sedia maklum, penjagaan mata adalah sangat penting buat semua manusia di muka bumi ini. Namun, apa yang berlaku khususnya kepada rakyat Malaysia tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar; PENJAGAAN KESIHATAN MATA sering DIABAIKAN. 

Contohnya seperti senario di bawah;

Pak Abu: Aku nampak mata aku ni dah kabur dah. Nak tengok jauh tu jenuh aku tenung, tapi tak nampak juga. Dah tua agaknya. Mata aku begini lah jadinya.
Pak Salim: Ish kau ni. Dah pergi check mata belum? Kat taman tu kan ada kedai cermin mata. Pergi lah kau check. 
Pak Abu: Aku dah check haritu. Katanya aku ada selaput. Kalau dibuang baru mata aku terang balik. Tapi aku takut la Salim. Kau tengok Seman, dia buang haritu. Dah lah lama nak tunggu giliran kat hospital. Lepas tu, dia cakap sakit. Aku  takut la nak bedah-bedah ni.
Pak Salim: Kau ni...orang rumah aku buat elok je. Kau dengar sangat cakap Seman tu. Ada baiknya kau buang selaput tu.



Rata-rata masih ramai yang belum sedari prosedur membuang selaput/katarak ini sebenarnya mudah, sekejap dan tidak sakit. Tapi dek kerana momokan segelintir masyarakat, ramai yang memilih untuk membiarkan diri mereka di dalam kegelapan. Tahukah anda katarak juga turut menyumbang kepada kadar kebutaan di Malaysia. 







Oleh itu, adalah amat penting buat anda untuk mengetahui apa itu katarak sebenarnya dan bagaimanakah perawatan yang sesuai untuk katarak. 

Baik, untuk perisian kali ini, ayuh kita kenali beberapa jenis katarak yang sering berlaku di dalam masyarakat.

Jenis-jenis katarak:
1) Nuclear cataract/ Katarak nuklear

Katarak sebegini terjadi di bahagian tengah mata dan antara yang senang untuk dikesan oleh golongan Optometrist. Seringkali orang yang mempunyai katarak seperti ini mengalami 'myopic shift' atau matanya akan tiba-tiba mengalami rabun jauh. Katarak seperti ini sering dikaitkan dengan faktor peningkatan umur.


Contoh katarak nuklear

2) Cortical cataract/ Katarak Kortikal

Katarak sebegini sering terjadi di bahagian luar mata/sekeliling luar lensa. Katarak seperti ini memakan masa yang agak lama untuk merebak sehingga ke tengah mata sekaligus menghalang cahaya dari terus masuk ke dalam mata. Penghidap katarak ini akan merasa silau terlampau.


Contoh katarak kortikal

3) Subcapsular cataract/ Katarak Subkapsular

Katarak subkapsular ini terjadi di belakang lensa mata dan seringkali berkait dengan individu yang mengalami diabetes atau individu yang mengambil ubatan steroid dalam jangka masa panjang. 


Contoh katarak subkapsular


Individu yang berisiko untuk menghidapi katarak adalah seperti berikut:

  • Berusia lebih 40 tahun
  • Merokok
  • Penggunaan corticosteroid dalam jangka waktu lama
  • Diabetes
  • Sejarah keluarga katarak
  • Pernah mengalami radang/kecederaan di mata
  • Pernah menjalani pembedahan/operasi mata
  • Terkena sinaran matahari berlebihan

Oleh itu, ayuh lakukan pemeriksaan mata sekarang sebelum terlambat. Jikalau anda ke kedai cermin mata, tanyakan Optometrist untuk memeriksa mata anda. Hanya Optometrist dan Opthalmologist yang lebih arif dalam pemeriksaan mata yang rapi. 

Kami di GalaVision Eye Centre, berdedikasi dalam pencegahan katarak di dalam masyarakat. 

Hubungi kami di 03-42878456 untuk sebrang pencerahan/maklumat lanjut. 



No comments:

Post a Comment